Upamecano kongsi sebab tolak tawaran Man United

By Ammar Hakim 14 May 2021 2928
Upamecano kongsi sebab tolak tawaran Man United
Dayot Upamecano menjelaskan mengapa dia menolak peluang menyertai Manchester United sebagai pemain muda kerana Ralf Rangnick membentangkan alternatif yang menarik.

Pertahanan tengah itu, yang bakal meninggalkan RB Leipzig untuk menyertai Bayern Munich pada penghujung musim, merupakan sasaran United sebagai prospek muda ketika mewakili kelab Perancis, Valenciennes.

Dia memilih untuk menolak United dan berhijrah ke kelab Austria, Salzburg, Upamecano berkata, selepas kagum dengan visi yang ditetapkan Rangnick bagi kariernya.

Pada ketika itu, Rangnick merupakan pengarah sukan Salzburg dan Leipzig, dengan kedua-dua kelab di bawah empayar Red Bull, dan berjaya memujuk Upamecano untuk berhijrah sehingga menjadi salah seorang pemain yang cemerlang dalam posisinya.



United telah berusaha mendapatkan pemain tersebut, dan Upamecano memberitahu The Athletic, "Saya ketika itu masih muda. Saya mahu segera mengikat kontrak. Manchester United! Tetapi kemudian ibu bapa saya berbincang dengan saya dan berkata, 'Mari kita fikirkan perkara ini dengan teliti'.

"Kami memikirkannya untuk masa yang lama dan kemudian mengambil langkah demi langkah sebelum membuat memutus pilihan terbaik untuk saya. Semua yang dikatakan Ralf menjadi kenyataan."

Upamecano dipinjamkan ke Liefering sebelum kembali memberi impak kepada Salzburg ketika masih remaja, dan pada usia 18 tahun, pada Januari 2017, dia dipindahkan melalui barisan untuk bergabung dengan Leipzig.

"Ralf adalah jurulatih terpenting bagi saya. Dia seorang profesor, saintis bola sepak, dan dia juga mengambil berat tentang semuanya. Dia sentiasa ada untuk anda dengan nasihat mengenai perkara bola sepak dan bukan bola sepak, setiap hari."
 

About Author

Ammar Hakim

Comment