Penganjuran Terbuka Australia bakal hadapi kelewatan

Oleh Ammar Hakim 25 November 2020 22
Penganjuran Terbuka Australia bakal hadapi kelewatan
Terbuka Australia 2021 berkemungkinan dilewatkan kepada satu atau dua minggu.

Ketidakpastian menyelubungi saingan grand slam pertama tahun depan di tengah-tengah wabak Coronavirus.

Laporan menunjukkan bahawa Terbuka Australia mungkin dipertandingkan pada bulan Mac atau April, bukannya pada 18 Januari seperti yang dijadualkan.

Tetapi Menteri Pelancongan, Sukan dan Acara Utama, Martin Pakula, berkata bahawa ia akan hanya ditangguh untuk seminggu dua sahaja.

"Saya rasa itu kemungkinan besar, tetapi itu bukan satu-satunya pilihan," katanya.

Wimbledon tahun ini telah dibatalkan dan Terbuka AS telah dipertandingkan tanpa kehadiran penonton, sementara Terbuka Perancis ditangguh sebelum membenarkan jumlah penonton yang terhad.

Pakula mengesahkan pemain-pemain yang menjalani ujian calitan dan bakal dikuarantin terlebih dahulu ketika saingan Terbuka Australia nanti.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Comment