Tarikh 1 Disember 2020 hari ini menjadi detik pemisahan secara rasmi antara dua entiti bola sepak Selangor di bawah inisiatif penswastaan kelab daripada persatuan bola sepak (FA) kepada kelab bola sepak (FC).
Demi kerancakan bola sepak tempatan, pihak Liga Amatur Terengganu (TAL) dan Liga Juara-Juara Selangor (SCL) mengambil inisiatif untuk bekerjasama dalam usaha meningkatkan penglibatan di peringkat liga komuniti.