Terbuka Thailand: Pang Ron-Yee See layak sertai kejohanan besar -- Rosman 

Oleh Shaiful Shamsudin 23 Januari 2021 2367
 Terbuka Thailand: Pang Ron-Yee See layak sertai kejohanan besar -- Rosman 
Rosman Razak menganggap kejayaan beregu campuran, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See, untuk mengetuk pintu hati Persatuan Badminton Malaysia (BAM) agar memberi peluang lebih besar kepada mereka. 

Kali terakhir Pang Ron-Yee See memenangi kejohanan adalah menerusi Terbuka Hyderabad pada 2019 yang bertaraf super 100, namun kemaraan ke separuh akhir dalam Kejohanan Badminton Terbuka Thailand yang kedua hari ini dilihat mampu membuka mata badan induk itu. 

"Selepas ini mereka seharusnya lebih kerap dalam kejohanan (berstatus super 1000) demi berjumpa lawan yang lebih baik, secara tidak langsung kita dapat tengok peningkatan prestasi mereka," kata bekas jurulatih beregu wanita itu. 

Pang Roon, 22, menganggap mereka terbawa-bawa dengan rentak permainan lawan selain gagal mengutip mata berharga. 

"Kedua-dua pemain lawan adalah kidal. Oleh kerana kami jarang berdepan pencabar seumpamanya termasuk dalam latihan, ia menjadi pertemuan kali ini berbeza," katanya pula.


 

RESULTS: TOYOTA Thailand Open SF #KOR 🇰🇷 Seo Seung Jae-Chae Yujung (4) def. #MAS 🇲🇾 Hoo Pang Ron-Cheah Yee See 21-9 21-16 #BadmintonMalaysia #BadmintonLovers

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Saturday, January 23, 2021


Sementara itu, beregu campuran negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean, menyifatkan pencapaian dalam edisi kali ini sebagai memuaskan di sebalik jangkaan terhadap mereka. 

Mereka kurang bermaya ketika berdepan Kim So Yeong-Kong Hee Yong apapabila dijinakkan secara straight set walaupun tiga pertemuan sebelum ini berakhir dengan kejayaan dalam tiga set. 

"Permainan kami tertekan. 

"Kami tidak dapat mengawal situasi angin dalam set kedua hingga mendorong kami melakukan kesilapan mudah. 

"Selepas sekian lama berehat, kami akhinya dapat beraksi. Walaupun standard kami dianggap sukar menandingi 10 beregu terbaik.

"Di sebalik ketiadaan wakil China dan Jepun, pemain Indonesia dan Korea Selatan juga memberi cabaran sengit. 

"Jami kami berjaya beraksi baik (dalam kejohanan ini)," kata Mei Kuan. 

 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen