Aksi Wizards-Bucks, beri masa untuk buat persiapan

Oleh Ammar Hakim 21 Januari 2021 13
Aksi Wizards-Bucks, beri masa untuk buat persiapan
Washington Wizards akan mendapat waktu persiapan yang lebih baik sebelum kembali beraksi dalam saingan NBA selepas pertembungan dengan Milwaukee Bucks telah ditunda.

Kali terakhir Washington beraksi pada 11 Januari dan kembali berlatih semalam ekoran penularan coronavirus.

The Wizards (3-8) dijadualkan bertemu Bucks (9-5) esok, tetapi perlawanan itu telah ditunda NBA.
 

Bintang Wizards, Bradley Beal, berkata sebelum ini pasukannya sedang berusaha untuk perlawanan itu sebelum ia ditunda.

"Kami tidak dapat berada di gim hampir selama seminggu," katanya.

"Ia telah mengubah rentak dan prestasi pasukan. Ia merupakan resipi kepada kecederaan, sejujurnya kami sedang berusaha untuk bersaing dalam liga ini."

Perlawanan seterusnya yang dijadualkan untuk Washington adalah berdepan San Antonio Spurs (8-6) pada Ahad.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen