Durant rasa selesa, sempurna digandingkan bersama Irving, Harden

Oleh Ammar Hakim 21 Januari 2021 14
Durant rasa selesa, sempurna digandingkan bersama Irving, Harden
Kevin Durant berkata perlawanan pertama bersama James Harden dan Kyrie Irving buat Brooklyn Nets 'rasa sempurna' di sebalik tewas kepada Cleveland Cavaliers.

Irving kembali dan bergandingan bersama Harden dan Durant buat pertama kali namun tewas kepada Cavs 147-135 selepas dua kali perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan.

Durant (38 mata dan 12 rebound), Irving (37 mata ) dan Harden (21 mata, 12 assist dan 10 rebound) bergabung untuk meraih 96 mata, namun Collin Sexton (42 mata) yang mencetus inspirasi kemenangan Cavs.

Di sebalik kekalahan tersebut, Durant -- yang menjadi pemain kedua Nets meraih 30 mata ke atas dalam tiga perlawanan berturut-turut -- gembira dengan cara permainan bersama Irving dan Harden.

"Ia berasa baik, sempurna dan kami kelihatan dapat berasakan mampu beraksi bersama," katanya.

"Saya dapat berasakan perjalanan kami akan menjadi sesuatu yang menyeronokkan. Ia permulaan yang sukar, terutama sekali terdapat naik turun dalam permainan kami."
 

Kekalahan Nets menyaksikan mereka kini merekodkan 9-7 dan menghuni tangga kelima Eastern Conference.

Tetapi Durant mahu melihat ke hadapan, dengan Nets sekali lagi bertemu Cavs esok.

"Sememangnya kami mahu memenangi perlawanan, iada adalah perkara paling penting tetapi musim ini masih lagi panjang dan kami akan cuba memberikan yang terbaik."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen