NBA: 76ers tamatkan rekod di tempat lawan Lakers 

Oleh Muzaffar Musa 28 Januari 2021 45
NBA: 76ers tamatkan rekod di tempat lawan Lakers 
Philadelphia 76ers mengatasi pasukan yang diwakili LeBron James, Los Angeles Lakers, dengan kelebihan tipis 107-106 ke atas juara bertahan itu dalam saingan NBA hari ini.

Pendahulu NBA, Lakers, mencipta rekod baru dengan 10 kemenangan di tempat lawan sepanjang permulaan musim ini sebelum pertemuan dengan Philadelphia itu.

Tetapi pendahulu Liga Persidangan Barat, 76ers (13-6), memberikan Lakers kekalahan pertama hasil jaringan gemilang Tobias Harris pada 2.4 saat terakhir.

Lakers mengejar dari kedudukan 86-100 dalam masa kurang daripada lima minit terakhir dan pungutan 13 mata berturut-turut itu meletakkan mereka di depan buat kali pertama.
 
Bagaimanapun, Harris muncul penjaring mata kemenangan 76ers dalam perlawanan penuh mendebarkan di Wells Fargo Center itu, di mana penyerang berkenaan menghasilkan keseluruhan24 mata manakala rakan sepasukannya, Joel Embid, turut menyumbangkan 28 mata.

James pula membantu Lakers (14-5) dengan pungutan mata tertinggi perlawanan itu  (34 mata) sementara Anthony Davis pula dengan 23 mata.



Keputusan penuh:

Indiana Pacers 116-106 Charlotte Hornets
Cleveland Cavaliers 122-107 Detroit Pistons
Sacramento Kings 121-107 Orlando Magic
Brooklyn Nets 132-128 Atlanta Hawks (OT)
Denver Nuggets 109-82 Miami Heat
Philadelphia 76ers 107-106 Los Angeles Lakers
Milwaukee Bucks 115-108 Toronto Raptors
San Antonio Spurs 110-106 Boston Celtics
New Orleans Pelicans 124-106 Washington Wizards
Oklahoma City Thunder 102-97 Phoenix Suns
Utah Jazz 116-104 Dallas Mavericks
Golden State Warriors 123-111 Minnesota Timberwolves
Chicago Bulls lawan Memphis Grizzlies (ditunda)

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen