NBA: Giannis pecah rekod 48 tahun Bucks

Oleh Muzaffar Musa 1 Mac 2021 141
NBA: Giannis pecah rekod 48 tahun Bucks
Giannis Antetokounmpo membintangi aksi Milwaukee Bucks ketika menewaskan Los Angeles Clippers 105-100 dalam perlawanan NBA sebentar tadi.

Antetokounmpo merekodkan 36 mata -- 17 dalam suku keempat -- 14 rebound dan lima bantuan buat Bucks, yang menamatkan perlawanan itu dengan rekod 9-0 untuk melebarkan rentetan kemenangan mereka kepada lima perlawanan berturut-turut.

MVP dua kali berturut-turut itu menjadi pemain Bucks pertama merakamkan lebih daripada 35 mata dalam empat perlawanan berturut-turut sejak Kareem Abdul Jabbar melakukannya pada 1973.
 
Sementara itu, LeBron James turun dalam perlawanannya yang ke-1,300 ketika juara bertahan, Los Angeles Lakers, menewaskan Golden State Warriors 117-91.

James menjaringkan 19 mata dalam perlawanan bersejarahnya itu -- juara NBA empat kali itu menjadi pemain ke-23 dalam sejarah NBA merekodkan jumlah perlawanan sebanyak itu.

 

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen