De Jong belum pasti peluang Barcelona rebut takhta LaLiga

Oleh Ammar Hakim 25 Januari 2021 134
De Jong belum pasti peluang Barcelona rebut takhta LaLiga
Frenkie de Jong belum pasti peluang Barcelona untuk menjuarai LaLiga di sebalik peningkatan dalam prestasi pasukan.

De Jong menjaringkan gol pembukaan dan menghasilkan gol kedua buat pemain gantian, Riqui Puig, ketika menang 2-0 ke atas Elche.

Ia menjadikan kemenangan keempat daripada empat perlawanan buat Barca dalam saingan LaLiga, namun masih lagi ketinggalan 10 mata di belakang Atletico Madrid.

"Saya tidak pasti," katanya.

"Kami perlu menang perlawanan kami dan melihat apa yang akan berlaku penghujung musim ini."

Bagaimanapun, pemain tengah Belanda itu, tidak meragui Barca adalah pasukan yang lebih baik setelah permulaan yang sukar untuk menjalani aksi yang lebih selesa di bawah bekas pengendali skuad kebangsaannya, Ronald Koeman.

"Sejak tahun baru, kami bermain dengan lebih baik. Kami berada di tahap yang terbaik ketika ini.

"Saya berasakan [mengatasi Elche] sangat baik buat pasukan, kami telah berusaha, terutama sekarang sudah tahun baru. Kami sedang berkembang sebagai satu pasukan dan berharap untuk terus melakukannya."
   

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen