Gol akan hadir buat Arsenal -- Arteta

Oleh Ammar Hakim 3 Disember 2020 93
Gol akan hadir buat Arsenal -- Arteta
Mikel Arteta bimbang terhadap ketergantungan kepada Pierre-Emerick Aubameyang tetapi mempercayai Arsenal akan mula meledak gol seperti mereka bertemu Wolves.

The Gunners tewas 2-1 di laman sendiri kepada Wolves Ahad lalu dan menghuni tangga ke-14 Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas 10 perlawanan.

Skuad kendalian Arteta telah meledak 10 gol ketika ini, dengan kapten pasukan, Aubameyang -- pemenang Kasut Emas dua musim lalu -- sekadar menjaringkan dua gol daripada 18 percubaan.

Penyerang itu sekali lagi gagal di Stadium Emirates, namun Arteta terdorong dengan usaha dipamerkan jentera serangan pasukannya.

Mereka melakukan 13 percubaan ke atas Wolves namun dua menemui sasaran, sementara 35 hantaran silang dilakukan.

Keputusan yang mengecewakan dan statistik percubaan Arsenal membimbangkan Arteta namun dia berkata, "Apabila anda membandingkan apa yang dilakukan Wolves dan apa yang kami lakukan, dalam senario biasa, kami tidak seharusnya tewas."

Tetapi dia mengakui kecenderungan Arsenal untuk mengharapkan Aubameyang meledak gol kini mula mengundang parah buat mereka.

"Sekiranya anda melihat dalam beberapa tahun kebelakangan ini bagaimana pasukan telah berkongsi gol dalam saingan EPL, ia agak terhad.

"Itu bukan masalah yang sedang berlaku sekarang -- ia adalah masalah yang telah berlaku selama bertahun-tahun, dan ia harus diselesaikan.

"Meletakkan hampir 80 peratus tanggungjawab itu kepada seorang pemain adalah tidak adil. Sebagai satu pasukan, kita harus menyelesaikannya."
 
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen