Herrera bebas tuduhan atur perlawanan

Oleh Penulis Jemputan 10 Disember 2019 858
Herrera bebas tuduhan atur perlawanan
Ander Herrera merupakan salah seorang daripada 36 pemain yang dibebaskan daripada tuduhan mengatur perlawanan oleh Mahkamah Sepanyol awal pagi tadi.

Bintang tengah Paris Saint-Germain (PSG) itu, di samping jurulatih Leganes, Javier Aguirre, dan kapten Atletico Madrid, Gabi, disiasat kerana disyaki terlibat mengatur perlawanan di antara Levante dan Real Zaragoza dalam musim 2010-11.

Zaragoza memenangi perlawanan itu untuk kekal dalam divisyen utama sebelum mereka dituduh membayar €965,000 (RM4.44 juta) kepada pemain Levante.

Bagaimanapun, kesemua 41 individu yang dipantau sebelum ini dibebaskan daripada tuduhan itu dengan Mahkamah Valencia mendapati kekurangan bukti walaupun dua pegawai Zaragoza disabitkan kesalahan melakukan rasuah.

Bekas presiden, Agapito Iglesias, dan bekas pengarah kewangan, Javier Porquera, didapati bersalah menggunakan €1.7 juta (RM7.83 juta) daripada akaun Zaragoza untuk membayar bonus penyingkiran.

Kedua-dua individu itu berdepan hukuman penjara 15 bulan, namun tidak akan dipenjarakan kerana undang-undang Sepanyol menggantung hukuman itu bagi kesalahan pertama.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen