Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023: Penarikan diri Korea Utara bakal beri impak kepada Malaysia

Oleh Ammar Hakim 12 Mei 2021 1365
Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023: Penarikan diri Korea Utara bakal beri impak kepada Malaysia
Korea Utara bakal menarik diri daripada kelayakan Piala Dunia 2022-Piala Asia 2023 kerana situasi pandemik COVID-19 yang melarang sebarang aktiviti merentas sempadan negara itu.

Keputusan Korea Utara mampu memberi kesan kepada pasukan Malaysia, sebagai contoh, untuk Kumpulan G, sebarang kutipan mata ke atas Indonesia yang menghuni tangga tercorot, tidak akan dikira.

Dan perkara itu akan memberi kesan jika penilaian terakhir untuk layak memerlukan jumlah jaringan sepanjang kelayakan berlangsung.

Wartawan Fina Nasrom, sempat mendapatkan ulasan lanjut daripada setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul.

Ketika ini, pihak AFC sedang memujuk Korea Utara dengan menawarkan bantuan untuk memudahkan urusan perjalanan darat pasukan Korea Utara ke Korea Selatan.

Ini berikutan tiadanya jadual penerbangan dari Korea Utara yang menyukarkan lagi keadaan melibatkan kedua-dua pasukan yang tidak memiliki hubungan negara baik sejak berkurun lamanya.

"Kami memberikan jaminan bahawa Persatuan Bolasepak Korea Selatan dan pihak kerajaan Korea Selatan bagi memastikan membantu bagi membawa pasukan Korea Utara bagi menghadapi saingan kelayakan," kata Windsor.

AFC sudahpun memiliki ketetapan mereka jika Korea Utara benar-benar menarik diri.

Namun memandangkan kelayakan itu turut melibatkan kelayakan Piala Dunia di bawah kendalian Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), AFC memilih untuk mengutamakan pandangan badan induk itu sendiri.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen