Penyokong merusuh Cruzeiro terhumban ke liga bawahan 

Oleh Penulis Jemputan 9 Disember 2019 375
Penyokong merusuh Cruzeiro terhumban ke liga bawahan 
Juara Brazil empat kali, Cruzeiro, tergelincir dari peringkat atasan buat kali pertama dalam sejarah 98 tahun penubuhannya. 

Cruzeiro mengharungi kempen yang mengecewakan dan wajib mengalahkan Palmeiras pada hari terakhir saingan Brasileirao itu musim ini sambil berharap Ceara tewas di Botafogo, namun keputusan yang diharapkan tidak menyebelahi mereka. 

Ze Rafael dan Dudu meledak gol buat Palmeiras untuk kemenangan 2-0 di Belo Horizonte manakala penalti Thiago Galhardo membatalkan jaringan pembukaan Marcos Vinicius untuk memastikan Ceara meraih keputusan seri 1-1.

Pengadil mengarahkan kedua-dua pasukan supaya meninggalkan padang sejurus insiden di kawasan tempat duduk di Mineirao itu tercetus apabila penyokong mula bertindak mencabut tempat duduk dan membaling bom asap sebagai protes kepada nasib pasukan mereka.

Cruzeiro, yang memenangi Copa Libertadores pada 1976 dan 1997 serta menjuarai liga Brazil pada 2014, kalah lima perlawanan terakhir mereka untuk menamatkan saingan di tangga ke-17, tiga mata di belakang Ceara.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen