Solskjaer ratapi kekalahan United

Oleh Ammar Hakim 3 Disember 2020 2199
Solskjaer ratapi kekalahan United
Ole Gunnar Solskjaer meratapi peluang terhidang Manchester United yang gagal disempurnakan bagi memastikan mereka melangkah ke pusingan 16 Liga Juara-Juara.

Dua jaringan daripada Neymar dan satu daripada Marquinhos menyaksikan Paris Saint-Germain (PSG) meraih kemenangan 3-1 di Old Trafford.

Dalam perlawanan yang menarik, Marcus Rashford menafikan jaringan pembukaan Neymar, menjadi penyerang yang meledak tiga gol berturut-turut dala aksi UCL ke atas PSG, menjadi pemain England kedua meledak enam gol dalam saingan peringkat kumpulan, di belakang bintang Tottenham, Harry Kane.

Jaringan Rashford, yang terkena Danilo Pereira sebelum menembusi gawang, merupakan satu daripada 12 percubaan dicipta United -- kurang satu daripada bilangan PSG -- namun tuan rumah sekadar melakukan lima tepat ke sasaran.

Anthony Martial terlepas peluang di depan gol pada separuh masa kedua sebelum pemegang rekod jaringan PSG, Edinson Cavani, menggegar palang bekas pasukannya itu.

Fred seharusnya diarah keluar padang dalam separuh masa pertama, namun layangan kad kuning kedua selepas Marquinhos menjadikan kedudukan 2-1 menyaksikan United kekurangan seorang pemain.



Ketika harapan United untuk bangkit seakan menjadi samar, Paul Pogba melepaskan rembatan volley liar sebelum tandukan Bruno Fernandes berjaya dinafikan Keylor Navas.

Then Neymar -- yang mencipta tiga daripada enam peluang PSG -- meraih gol kedua dalam masa kecederaan.

Ia bermakna United memerlukan aksi terakhir dengan sekurang-kurangnya satu mata ke atas RB Leipzig untuk melangkah ke pusingan 16 Kumpulan H.
 

"Ia merupakan perlawanan yang menarik. Apabila anda menyaksikan senarai pemain yang beraksi, anda boleh menjangkakan jaringan bakal dihasilkan," kata Solskjaer.

"Peluang buat kedua-dua pasukan -- dengan sentuhan klinikal yang diperlukan, kami boleh menamatkan perlawanan ini dalam separuh masa kedua.

"Kami memiliki banyak peluang. Itu membezakan apabila mengharungi perlawanan sebegini, saat-saat klinikal. Perlawanan ini boleh berakhir dengan pelbagai cara.

"PSG pula telah beraksi dengan cemerlang, mereka menjaringkan gol dan meraih kemenangan. Saya berasakan kedua-dua pasukan telah bermain dengan baik."
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen