Zidane: Yang penting Hazard dalam skuad Real Madrid 

Oleh Muzaffar Musa 31 Oktober 2020 575
 Zidane: Yang penting Hazard dalam skuad Real Madrid 
Eden Hazard akan sekali lagi diturunkan ketika menentang Huesca malam ini sambil Real Madrid mengalihkan tumpuan sepenuhnya kepada LaLiga walaupun wujud kebimbangan mengenai perjalanan mereka dalam Liga Juara-Juara (UCL).

Bekas pemain sayap Chelsea itu dipertaruhkan buat kali pertamanya musim ini apabila muncul dari bangku simpanan ketika seri 2-2 di Borussia Monchengladbach, Rabu lalu.

Pemain antarabangsa Belgium itu, cuba memadam kesuraman musim sulungnya di Sepanyol yang menyaksikannya sekadar sekali menggegar jaring dalam 16 perlawanan LaLiga, terlepas empat peluang terhidang. 

Hazard terus tumpul selain gagal mencipta sebarang peluang sepanjang 20 minit baki perlawanan itu biarpun dia sudah dimasukkan ketika Madrid berjaya mengejar dua gol sebelum menyatakan "sangat gembira" kerana berpeluang beraksi. 

Kegembiraan itu dikongsi oleh Zinedine Zidane, yang dalam sidang media semalam berkata: "Hazard dalam keadaan baik. Kami gembira. Perasaannya baik. Semuanya positif.

"Ideanya adalah membawa Hazard bersama kami. Kemudian kami akan melihat bagaimana kami boleh menguruskan pembabitannya. Yang penting dia sudah pulih dan bersedia sepenuhnya."

Di sebalik kebangkitan anak buahnya itu, keputusan seri dengan Gladbach dilabel sebagai mengecewakan, lebih-lebih lagi selepas Madrid unggul dalam aksi 'El Clasico' dengan menumbangkan Barcelona di tempat lawan minggu lalu.

Salah satu kekalahan itu berlaku ketika menentang Shakhtar Donetsk dalam Liga Juara-Juara (UCL), ini bermakna pasukan asuhan bekas pemain tengah tersebut menghuni tangga tercorot Kumpulan B menjelang dua perlawanan menentang Inter.


 

Kempen Eropah itu tidak akan dibangkitkan pengurus dari Perancis berkenaan sebelum mereka menghadapi Huesca memandangkan juara bertahan LaLiga berkenaan ketinggalan satu mata di belakang pendahulu, Real Sociedad, dengan kelebihan satu perlawanan. 

"Final yang akan kami tempuhi adalah esok," katanya. "Kami belum memikirkan tentang perlawanan Selasa (Rabu depan).

"Kami harus memikirkan satu persatu perlawanan. Barisan pemain juga sedia maklum. Esok, adalah perlawanan akhir. Cukup."

Berikutan keputusan Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu, meletakkan jawatan minggu ini, secara tidak langsung Madrid kembali berdepan perseteruan lebih sengit. 

Ketika dia mengumumkan pengunduran dirinya, Bartomeu mendedahkan bahawa Barca telah bersetuju untuk menyertai saingan 'liga super' Eropah selepas mengadakan perbincangan dengan sejumlah kelab elit yang lain.

"Sudah banyak perkara yang perlu saya fikirkan berhubung jadual perlawanan kami," jawabnya ketika ditanya mengenai potensi penganjuran liga super itu. 

"Kami hampir tidak sempat berehat.

"Dengan semua yang sedang terjadi, boleh jadi esok adalah perlawanan terakhir. Kami akan melihat apakah akan ada pertadingan lain lagi."
 

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen