Tengku Ahmad Tajuddin giat atasi masalah lutut 

Oleh Shaiful Shamsudin 4 Ogos 2020 160
 Tengku Ahmad Tajuddin giat atasi masalah lutut 
Di sebalik perubahan dalam kem kebangsaan, penyerang hoki negara, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil, perlu fokus dengan proses pemulihan. 

Selepas pulih daripada kecederaan rahang dan terbaru, lututnya pula tercedera sewaktu latihan bersama skuad kebangsaan. 

Penyerang The Malaysian Hockey Tigers berumur 34 tahun itu dikenali dengan cara permainan lincah selain mempunyai kemahiran yang cukup tinggi. 

Memiliki 214 penampilan dalam kancah antarabangsa, Tengku Ahmad Tajuddin dikenali memiliki kepantasan yang luar biasa, maka tidak hairanlah dia amat disegani di dalam mahupun luar negara. 

Tetapi apa yang dilaluinya ketika ini bukanlah kecederaan yang boleh menggugat kariernya, malah beliau hampir pulih sepenuhnya.

"Keadaan saya bertambah baik dan sekarang dalam program pemulihan.
"Saya harap dapat kembali. 

"Mungkin terlalu teruja untuk kembali ke padang , itu mungkin salah satu penyebabnya," katanya dalam perkongsiannya bersama wakil Nadi Arena, Irfan Ali, di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, hari ini. 

"Dalam masa terdekat tetapi tidak tahu sedekat mana. 

"Selagi KHM memerlukan khidmat saya, saya akan teruskan. 

"Kalau mereka beri bayangan mengenai persaraan saya, maka saya akan tentukannya."

 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen