Tiket Piala Remaja Asia jadi rebutan pemain 

Oleh Shaiful Shamsudin 26 April 2021 53
Tiket Piala Remaja Asia jadi rebutan pemain 
29 pemain hoki dipanggil untuk merebut slot skuad remaja kebangsaan yang akan menggalas tugas ke Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia di Bangladesh, 1 hingga 10 Julai depan.

Kejohanan itu turut menawarkan empat slot automatik ke Piala Dunia Remaja 2021 di India.

Dengan kekangan yang dihadapi pemain berikutan penularan wabak COVID-19, mereka memiliki sekurang-kurangnya tempoh dua bulan untuk membuat persiapan.

Justeru, barisan pemain kendalian Wallace Tan itu perlu membuktikan kredibiliti masing-masing dalam usaha terpilih antara 18 terbaik termasuk perlu bersaing dengan lima pemain senior kebangsaan yang terdiri daripada  Azrai Aizad Abu Kamal, Muhammad Noor Firdaus Rosdi, Muhammad Arif Syafie Ishak, Syarman Mat Tee dan Pavandip Singh Gurdip Singh.

"Mereka menunjukkan satu peringkat permainan yang efektif. Ini menunjukkan mereka ada semangat berpasukan, itu pun penting. 

"Kami mesti atur strategi untuk layak ke separuh akhir, seterusnya ke Piala Dunia Remaja," kata jurulatih itu. 

Senarai penuh 29 pemain Skuad Projek Khas Lelaki kebangsaan:

Penjaga gol:


Che Shahrul Azmi Che Saupi

Muhammad Hamiz Mohd Ahir

Mohd Aidil Mohd Shah

Pertahanan:

Muhammad Arif Syafie Ishak

Muhammad Nur Asyraf Ishak

Syarman Mat Tee

Muhammad Saifuddin Ali

Muhammad Kamarulzaman Kamaruddin

Muhammad Amirul Hamizan Azahar

Muhammad Shafiq Hassan

Adam Aiman Mamat

Muhammad Fahmi Khalid

Tengah:

Shello Silverius

Muhammad Nursyahmi Zukifli

Muhammad Syawal Abd Razak

Nasrul Syahkhir Sadikul

Muhammad Hafizi Zainuddin

Alfarico Lance Liau Jr

Muhammad Izham Azhar

Pavandip Singh Gurdip Singh

Muhammad Syamim Naim Abd Hamid

Penyerang:

Muhammad Noor Firdaus Rosdi

Mohamad Akhimullah Anuar Esook

Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal

Muhammad Amirul Haniff Mamat

Muhammad Muhibuddin Moharam

Muhajir Abdu Rauf

Mohamad Shamir Rizmi Mohd Shamsul

Nukman Hakim Mohamad

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen