Aguero minta maaf Panenka tidak menjadi

Oleh Shaiful Shamsudin 9 Mei 2021 2564
Aguero minta maaf Panenka tidak menjadi
Sergio Aguero tampil memohon maaf kepada penyokong Manchester City setelah sepakan penalti buruknya dalam kekalahan 1-2 kepada Chelsea, awal pagi tadi. 

Pasukan bimbingan Pep Guardiola itu akan merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) sekiranya menjamin kemenangan ke atas The Blues dalam aksi pemanas badan perlawanan akhir Liga Juara-Juara (UCL) hujung bulan ini.

Mereka dalam laluan terbaik untuk meraih kejuaraan ketiga dalam empat musim sekiranya penggempur Argentina itu -- yang akan meninggalkan City pada akhir musim ini -- menambah jaringan kedua dalam separuh masa pertama selepas jaringan pertama daripada Raheem Sterling. 

Namun pencetak gol terbanyak City itu mengambil langkah yang salah. 

Muslihat tendangan Panenka dari jarak 12 ela itu terlalu mudah untuk diduga Edouard Mendy sebelum Chelsea menyusun permainan untuk meraih ketiga mata menerusi penyudah Hakim Ziyech dan Marcos Alonso.

City muncul pasukan EPL tercorot dalam misi sepakan penalti iaitu empat kali berturut-turut sejak Tottenham pada 1993-94 dan 1994 -95.

Aguero berkata di Twitter: "Saya ingin meminta maaf kepada rakan sepasukan, kakitangan dan penyokong gagal dalam sepakan penalti. Ini adalah satu sepakan yang buruk dan saya bertanggungjawab sepenuhnya."

 

Guardiola menolak untuk menjadi terlalu kritikal dengan mengatakan: "Saya sering berpesan kepada pemain, ketika melakukannya ambillah satu keputusan. Panenka, kanan, kiri, pendek, apa sahaja yang anda mahukan tetapi komited.

"Dia komited. Sekiranya dia terlepas maka dia gagal. Semua orang kecewa tetapi dia menjadi orang yang paling hampa."

Termasuk kegagalan itu, Aguero sekadar melancarkan dua percubaan sementara mencipta dua peluang, salah satu daripadanya hadir ketika secara tidak sengaja ketika tertampan bola untuk peluang itu disudahkan Sterling -- pemain berusia 32 tahun tersebut menahan bola terlalu kuat tatkala pintu gol sudah ternganga.

Dia mencatat 23 sentuhan secara keseluruhannya, paling rendah dalam kalangan kesebelasan pasukannya tetapi melengkapkan kesemua hantarannya (11) sebelum memberi laluan kepada Phil Foden pada minit ke-70.

 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen