Alex Telles positif COVID-19

Oleh Muzaffar Musa 29 Oktober 2020 519
Alex Telles positif COVID-19
Pertahanan kiri Manchester United, Alex Telles, didapati positif ujian koronavirus, demikian disahkan pasukan itu awal pagi tadi.

Telles, yang menyertai United daripada Porto dengan yuran perpindahan dilaporkan bernilai £15.4 juta (RM83.1 juta) awal bulan ini, melakukan penampilan pertamanya ketika menewaskan Paris Saint-Germain (PSG) dalam Liga Juara-Juara Eropah minggu lalu.

Pemain berusia 27 tahun itu kini telah terlepas dua perlawanan, termasuk ketika pasukannya menewaskan RB Leipzig 5-0 di Old Trafford awal pagi tadi.

Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer, mengesahkan selepas perlawanan itu bahawa Telles didapati positif COVID-19 tetapi dalam keadaan baik.

"Telles didapati positif koronavirus, jadi dia akan diketepikan selama beberapa hari," katanya dalam sidang media.

"Dia tidak mengalami sebarang gejala, jadi dia akan kembali sihat tidak lama lagi."

Dengan mengungguli carta Kumpulan H Liga Juara-Juara Eropah tetapi menduduki tangga ke-15 Liga Perdana Inggeris (EPL), United akan menantikan kunjungan Arsenal hujung minggu ini.
 

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen