Arteta puji 'keunikan' Saka

Oleh Ammar Hakim 10 Mei 2021 210
Arteta puji 'keunikan' Saka
Mikel Arteta memuji 'keunikan' pemain muda, Bukayo Saka, selepas Arsenal menamatkan minggu mengecewakan dengan menyingkirkan West Brom dengan kemenangan 3-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam.

The Gunners berdepan prospek terlepas saingan bola sepak Eropah buat pertama kali dalam 25 tahun musim depan selepas mereka tersingkir daripada separuh akhir Liga Europa di tangan Villarreal Jumaat lalu.

Seri tanpa jaringan berdepan kelab Sepanyol -- dilatih oleh bekas pengendali Gunners, Unai Emery -- merupakan keputusan mengecewakan buat Arsenal dan menambah tekanan buat Arteta, namun mereka bangkit dengan kemenangan pertama di laman sendiri dalam tujuh perlawanan.

Emile Smith Rowe meledak gol sulung dalam saingan EPL sebelum Nicolas Pepe menggandakan jaringan.

Matheus Pereira mengurangkan defisit jaringan dalam separuh masa kedua, namun Willian akhirnya mencetak gol buat Arsenal menerusi sepakan percmua sekaligus menyaksikan pengendali Baggies, Sam Allardyce, mengalami penyingkiran buat pertama kali.

Saka melakukan assist buat jaringan Smith Rowe dan telah melakukan 19 dalam semua pertandingan, paling banyak buat kelab sejak melakukan debut pada November 2018.
 

Pemain berusia 19 tahun itu merupakan ancaman berterusan, melakukan lima hantaran silang dan menghasilkan dua hantaran penting.

Arteta memberitahu BT Sport: "Kami mengetahui Saka adalah ancaman buat pasukan lawan, dia memberi anda sesuatu yang unik. Dia menyesuaikan diri. Kami percaya kami akan menyerang mereka dan dia memberi kami banyak kegembiraan."

Arsenal berada di kedudukan kesembilan liga dan Arteta bertekad untuk mengelakkan musim yang mengecewakan.

"Kami akan berusaha memenangi setiap perlawanan. Ia satu-satunya perkara yang boleh kita lakukan ialah memenangi permainan kita." 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen