Jadual padat Man United tidak selamat -- Solskjaer

Oleh Ammar Hakim 11 Mei 2021 1530
Jadual padat Man United tidak selamat -- Solskjaer
Ole Gunnar Solskjaer menegaskan bahawa dia akan melakukan apa sahaja untuk tidak menjejaskan kecergasan pemainnya ketika Manchester United mengharungi jadual padat minggu ini.

United meneruskan aksi cemerlang apabila ketinggalan sebelum menang dengan mengatasi Aston Villa 3-1 Ahad lalu, jaringan daripada Mason Greenwood dan Edinson Cavani hadir selepas sepakan penalti Bruno Fernandes bagi mengekalkan harapan secara matematik yang tipis untuk merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kemenangan ke atas Leicester City dan Liverpool di Old Trafford awal pagi Rabu dan Jumaat ini akan merapatkan dengan pendahulu liga, Manchester City sebelum skuad kendalian Pep Guardiola berkunjung ke Newcastle United.

City hanya memerlukan tiga mata daripada bagi tiga perlawanan untuk merangkul kejuaraan liga yang ketiga dalam tempoh empat tahun, dan Solskjaer menyatakan ia merupakan tanggungjawabnya menurunkan barisan terbaik da mengelak daripada risiko kecederaan.

"Saya harap saya boleh mengatakan mari kita berusaha sehabis mungkin dalam semua perlawanan tetapi ia sesuatu yang mustahil," katanya.

"Itu sukar bagi saya - mengetahui bahawa jika saya bermain kesebelasan yang sama bagi aksi Rabu dan Jumaat, mustahil.

"Saya menghadapi banyak risiko untuk mencederakan mereka, jadi bercakap mengenai integriti dalam liga dan perkara-perkara lain, jangan salahkan saya ketika saya harus membuat perubahan, kerana saya harus melakukannya.

"Tidak selamat untuk mereka bermain kesemua perlawanan, jadi saya harus memberikan mengutamakan."
   

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen