Lampard cadang turunkan Giroud bertemu Leeds

Oleh Ammar Hakim 3 Disember 2020 534
Lampard cadang turunkan Giroud bertemu Leeds
Olivier Giroud mempertaruhkan tuntutannya untuk mendapat tempat biasa dalam kesebelasan utama Chelsea setelah menjaringkan empat gol menentang Sevilla, menurut pemain terakhir yang meledak empat gol dalam satu perlawanan buat The Blues, ketua jurulatih, Frank Lampard.

Giroud menjaringkan gol menggunakan kaki kiri, kanan, kepala dan menyumbat penalti di Ramon Sanchez Pizjuan sekaligus pemain berusia 34 tahun itu menjadi pemain tertua menyumbat hatrik dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) dan pemain Chelsea yang pertama meledak empat gol sejak Lampard melakukan ketika bertemu Aston Villa pada 2010.

Persembahannya, dikuti dengan penampilan selaku peledak gol kemenangan ketika Chelsea menang 2-1 minggu lalu, menyaksikan Lampard tidak memiliki jalan lain daripada memberikan pemenang Piala Dunia itu tempat dalam kesebelasan utama berdepan Leeds United Sabtu ini.

Giroud masih belum turun dalam kesebelasan utama dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini, tetapi apabila ditanya sama ada dia telah membuktikan kemampuannya untuk mendapatkan tempat, Lampard memberitahu BT Sport, "Ya, dia sudah melakukannya. Saya perlu melihat dengan pemilihan pemain namun dia telah meledak empat gol.

"Dia menggunakan kemampuannya sebaik mungkin bagi memastikan dia memberikan ancaman kepada pasukan lawan. Anda dapat melihat keseimbangan pasukan dalam perlawanan ini.

"Bukan mendapatkan empat gol tetapi dia telah membuktikan berada di tahap yang terbaik."



Seri tanpa jaringan dengan Tottenham sebelum ini, Lampard melakukan perubahan dalam skuadnya dan membawa masuk khidmat Callum Hudson-Odoi dan Kai Havertz bersama-sama Giroud, manakala merehatkan Tammy Abraham, Timo Werner dan Mason Mount.

Chelsea kini tidak tewas dalam 12 perlawanan dan Lampard berkata, "Saya sangat gembira dengan pasukan. Berdepan lawan yang kuat seperti Sevilla.

"Terdapat tempoh dalam separuh masa pertama kami berdepan kesukaran dan kami cuba menanganinya dan bermain dengan cara kami."




 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen