Nani: Manchester City cuma lebih pengalaman daripada United 

Oleh Shaiful Shamsudin 7 Mac 2021 5788
Nani: Manchester City cuma lebih pengalaman daripada United 
Nani menganggap seteru setempat, Manchester City, bukanlah lebih hebat daripada bekas pasukannya, Manchester United, cuma ketika ini pengalaman lebih memihak kepada skuad kendalian Pep Guardiola itu. 

Bercakap kepada Stats Perform News, Nani berkata: "Apa yang saya lihat mengenai pasukan ini berbanding musim lalu, United sedang membina pasukan yang mantap. Mereka membina pasukan yang muda dan kuat, jadi itu sangat bagus.

"Man United mempunyai seorang pengurus yang hebat sekarang dan ini adalah masalah masa (sebelum mereka mampu mencabar kejuaraan). Saya rasa beberapa pemain lagi perlu menimba lebih banyak pengalaman, belajar dengan cepat bagaimana mereka tetap berupaya memenangi perlawanan tertentu pada detik tertentu. 

"Saya melihat ada saatnya mereka tidak seharusnya keciciran mata tetapi mereka kalah.

"Itulah sebabnya sekarang, jika anda melihat carta liga, jurangnya tidak besar kerana jika tidak, mereka pasti sedang berkongsi kedudukan di puncak di samping Man City.

"Saya tidak melihat Man City lebih kuat daripada Man United, saya melihat mereka lebih berpengalaman dan mereka berada dalam keadaan yang baik. Saya fikir perlawanan seterusnya akan menjadi lebih penting menuju hujung musim ini sekiranya mereka mengalahkan Man City, mereka mempunyai sama rata dan saya fikir kami akan memenanginya kerana ia adalah satu perlawanan yang berbeza. Tetapi mereka harus mencurahkan segala."





Walaupun menyuarakan keyakinan terhadap The Red Devils, pemenang empat kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu enggan memperlekehkan usaha Guardiola pada 2020-21 memandangkan The Cityzens hanya memungut 12 mata daripada lapan perlawanan pertama musim ini.

"Guardiola telah melaksanakan satu tugas yang hebat musim ini untuk menyatukan pasukan," tambahnya. 

"Mereka sebuah pasukan yang berkeyakinan tinggi ketika beraksi.

"Dia dapat menurunkan semula beberapa pemain harapannya seperti Bernardo Silva. Dia meletakkan Joao Cancelo dan semua pemain di bahagian serangan, walaupun tidak menjaringkan banyak gol seperti sebelumnya, mereka tetap berperanan penting.

"Ada pemain yang musim lalu tidak tampil begitu banyak seperti Ilkay Gundogan, mempamerkan prestasi luar biasa musim ini. Dia menjaringkan begitu banyak gol dan menciptakan banyak bantuan jaringan. 

"Jadi adalah penting apabila tidak memiliki utama seperti Kevin De Bruyne, mereka masih mampu mempertaruhkan muka lain dan membantu pasukan."

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen