Azmeer sedia kembali beraksi, taja pasukan

Oleh Muzaffar Musa 6 Ogos 2020 25431
Azmeer sedia kembali beraksi, taja pasukan
"Jika ada pasukan ambil saya, saya akan jadi penaja," kata bekas pertahanan Kedah, Azmeer Yusof, buat mana-mana pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya bagi saingan Liga Malaysia musim depan.

Pemain kelahiran Perak itu menjelaskan bahawa dia tiada niat untuk meninggikan diri sebaliknya ikhlas untuk meringankan beban yang perlu ditanggung pasukan.

Selepas lebih sebulan meninggalkan sukan itu kerana mahu menumpukan kepada perniagaannya, Azmeer berkongsi mengenai perkembangan terbarunya itu menerusi satu temu bual Nadi Arena hari ini.

"Saya sudah mula menjalani latihan secara bersendirian sejak minggu ini dan mahu fokus untuk menghadapi musim baru, cuma saya masih tidak tahu (akan bersama) pasukan mana.

"Tetapi apa yang saya boleh katakan, sekiranya selepas ini saya dapat menyertai mana-mana pasukan, saya juga akan menjadi penaja buat pasukan itu, Insya-Allah.

"Walaupun bukan penajaan yang besar, saya merancang untuk mengurangkan beban pasukan.

"Saya tidak boleh beritahu mengenai penajaan itu tetapi apabila saya selesai menandatangani (kontrak), saya akan membawa sekali penaja saya," katanya.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen