Bojan Hodak terima lamaran Kuala Lumpur United

Oleh Ammar Hakim 9 Januari 2021 918
Bojan Hodak terima lamaran Kuala Lumpur United
Pengendali berpengalaman dari Croatia, Bojan Hodak, telah mendedahkan dia menerima tawaran untuk bertindak sebagai ketua jurulatih Kuala Lumpur United FC bagi saingan Liga Super musim ini.

"Minggu lalu, Stanley Bernard (Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Lumpur United FC) telah menghubungi saya dan menerangkan ideanya untuk skuad Kuala Lumpur, ia bersifat jangka masa panjang. Ia merupakan sesuatu yang baharu kerana beberapa pasukan lain mahukan kejayaan dalam masa terdekat. Jadi mengambil keputusan untuk kembali ke Malaysia.

"Saya mengambil keputusan untuk menerima tawaran Kuala Lumpur dengan kontrak selama setahun dan memiliki pilihan untuk dilanjutkan untuk tempoh satu tahun." 

Bojan merupakan seorang jurulatih yang fasih dengan kancah bola sepak tempatan, selepas meraih kejayaan ketika membimbing Kelantan dan Johor Darul Ta'zim (JDT). 

"Ini merupakan situasi yang berbeza, ketika saya memimpin Pulau Pinang, mereka bergelut dan berjaya kekal dalam saingan liga sementara ketika bersama Kelantan dan JDT, mereka adalah pasukan terbaik Malaysia pada ketika itu.

"Tidak mengira di mana saya berkhidmat, saya sentiasa mahu menghasilkan kejayaan. Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada pihak kedutaan Croatia di Malaysia, mereka telah membantu saya bagi memastikan saya melengkapkan setiapa perkara yang diperlukan sebelum berangkat kembali ke Malaysia."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen