Kipre tekad rebut gelaran penjaring terbanyak

Oleh Ammar Hakim 22 September 2020 1718
Kipre tekad rebut gelaran penjaring terbanyak
Penyerang import Kedah, Tchetche Kipre, melaungkan amaran untuk merebut gelaran penjaring terbanyak Liga Super 2020 selepas pemain kelahiran Ivory Coast itu berjaya meledak gol dalam empat perlawanan berturut-turut, terbaru ketika membantu pasukannya menewaskan Sabah 3-1 dalam aksi Liga Super semalam.



Penjaring terbanyak Piala Malaysia 2018 itu kini mengumpul enam gol, satu gol di belakang penyerang Terengganu, Dominuqe Da Sylva, dalam senarai penjaring terbanyak Liga Super setakat ini.

"Saya mahu sentiasa memberikan keutamaan kepada pasukan dan tugas saya untuk menjaringkan gol. Saya mengutamakan pasukan namun masih lagi meletakkan sasaran untuk menjadi penjaring gol terbanyak musim ini," kata Kipre.

"Tetapi saya mahu menjelaskan saya tidak terlalu meletakkan sasaran peribadi lebih berbanding pasukan."

 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen