Penganjuran Liga Super perlu ditangguh terlebih dahulu -- Johan

Oleh Ammar Hakim 12 Januari 2021 1112
Penganjuran Liga Super perlu ditangguh terlebih dahulu -- Johan
Menyentuh mengenai penularan Covid-19 yang semakin membelenggu negara, Selangor FC mahu saingan Liga Super 2021 ditangguhkan terlebih dahulu.

Berdasarkan jumlah semasa kes harian, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di enam buah negeri mungkin memakan masa lebih daripada dua minggu yang ditetapkan.

Berdasarkan keperluan pramusim pasukan beraksi dalam Liga Super, tempoh minimum enam minggu diperlukan untuk persiapan menghadapi perjalanan kalender kompetetif.

Jadual asal Liga Malaysia dikeluarkan badan pengelola Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebelum ini, saingan dijadualkan bermula 26 Februari.

"Kami berharap pihak MFL akan menangguhkan saingan Liga Super kerana majoriti pasukan dalam saingan tersebut perlu menjalani PKP," kata Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon.

Dalam perkembangan sama, jurulatih Negeri Sembilan FC, K. Devan, sudah bersedia dengan program pilihan menerusi penetapan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri itu.

Negeri Sembilan memiliki kelebihan berbanding pasukan di kawasan PKP, kerana masih dibenarkan menjalani latihan.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen