Tiada pemain cuba sabotaj Sathianathan -- Ifedayo

Oleh Ammar Hakim 22 September 2020 106
Tiada pemain cuba sabotaj Sathianathan -- Ifedayo
Sehari selepas B. Sathianathan dipecat Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), penyerang import Gergasi Merah, Ifedayo Olesegun, tampil mempertahankan bekas jurulatihnya itu.

Ifedayo menafikan sebarang cubaan sabotaj daripada bilik persalinan dia menjelaskan hairan dengan spekulasi mendakwa wujud suasana tidak harmoni di bilik persalinan yang menjurus kepada pemecatan Sathianathan semalam.

Semua pemain komited untuk setiap perlawanan dan igauan dibenam Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak sepatutnya dijadikan isu kecelaruan dalam kem The Red Giants.

"Saya tidak pasti sama ada perkara itu wujud. Apa sahaja boleh dikatakan selepas apa yang berlaku," kata Ifedayo.

"Kadang-kala sesuatu perkara yang diperbesarkan. Selangor bukan pasukan pertama tewas kepada JDT, jadi ia bukan sesuatu yang dijangka tetapi kami telah memberikan yang terbaik."

Malah pemain kelahiran Nigeria itu berang dengan andaian tidak berasas pihak luar yang cuba memporak-perandakan pasukannya tatkala mereka masih lagi berpeluang untuk memperbaiki kedudukan dengan baki tiga perlawanan.

"Jika kami meraih tiga mata, kami boleh meningkat dalam carta liga, saingan sangat singkat dan semua pasukan mahu menang dan perkara paling utama adalah meraih kemenangan dalam perlawanan selepas ini. Selangor masih lagi berpeluang," katanya lagi.

Sementara itu, Setiausaha Agung FAS, Dr Johan Kamal Hamidon cuba memperjelaskan situasi sebenar yang menjurus kepada pemecatan Sathianathan, namun tampak lebih banyak persoalan timbul daripada jawapan yang diberikan.

"Sebenarnya ramai yang berpandangan tindakan FAS memecat Sathianathan berpunca daripada kekalahan kepada JDT. Namun ia menjejaskan peluang pasukan untuk layak ke Piala AFC," katanya.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen