Zainal optimis Melaka akhiri saingan di kelompok tiga terbaik

Oleh Ammar Hakim 21 September 2020 167
Zainal optimis Melaka akhiri saingan di kelompok tiga terbaik
Walaupun gagal meraih tiga mata penuh, pengendali Melaka, Zainal Abidin Hassan, optimis mereka masih mampu bersaing untuk kedudukan kedua ataupun ketiga Liga Super tetapi ia hanya bergantung jika anak buahnya tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Ini disebabkan walaupun aksi padang basah memperlihatkan pergerakan PJ City seakan sering tersekat, anak buahnya berjaya mengikuti perancangan yang ditetapkan sepanjang separuh masa pertama.

Sementara itu, disebabkan kelekaan pasukan Melaka pada penghujung permainan, PJ City berjaya menyamakan jaringan melalui sepakan padu M. Kogileswaran.

Zainal mengakui kecewa dengan kesilapan anak buahnya yang mengakibatkan mereka kehilangan dua mata.

"Kealpaan ini yang menyaksikan pasukan kehilangan mata berharga. Pasukan lawan membawa masuk pemain penyerang dan berjaya meraih gol penyamaan," kata Zainal.

Bagi pengendali PJ City, K. Devan, berpuas hati dengan aksi anak buahnya walaupun pasukan tersebut masih gagal untuk mencari kemenangan sejak liga kembali bermula.

Devan menjelaskan kemarau yang melanda PJ City ketika ini disebabkan kehilangan penyerang import mereka namun masih optimis mampu mengelak zon relegasi dengan baki tiga perlawanan.

"PJ City tanpa pemain nombor sembilan tulen jadi ia membuat perancangan kami agak terjejas," katanya.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen