Emas di Republik Czech pacu semangat Irfan 

Oleh Shaiful Shamsudin 3 Ogos 2020 194
Emas di Republik Czech pacu semangat Irfan 
Jaguh lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin, mencipta kejutan apabila meraih pingat emas dalam Kejohanan Velka Cena Lito, Republic Czech.

Juara bertahan Sukan SEA itu melakar catatan terbaik musim ini, 57.35 meter, untuk mengatasi dua wakil tuan rumah yang meraih perak dan gangsa.

Ini bermakna atlet kelahiran Negeri Sembilan itu berjaya menaiki podium dalam ketiga-tiga kejohanan berkenaan sejak tiba di Republic Czech, tiga minggu lalu!

Terdahulu, Irfan memungut perak dalam Kejohanan Parbudice dengan 56.26 m, kemudian gangsa dan ada penurunan sedikit dengan leparannya menerusi catatan 55.55 m dan yang terbaru, memenangi emas dengan merakamkan lemparan 57.35m.

"Boleh dikatakan saya berpuas hati dengan persembahan ketika ini. 

"Saya berharap dapat memperbaiki catatan dalam kejohanan seterusnya, 14 Ogos ini. 

"Program latihan saya sudah bertukar, kini lebih kepada latihan berat.

"Insya-Allah saya akan cuba yang terbaik untuk kejohanan berikutnya," katanya dalam satu temu bual eksklusif bersama Nadi Arena hari ini.  
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen