Penjaring terbanyak Liga Filipina jadi milik Terengganu

Oleh Tengku Danish Bahri 8 Disember 2019 285
Penjaring terbanyak Liga Filipina jadi milik Terengganu
Terengganu FC (TFC) II melengkapkan kuota empat pemain importnya selepas kehadiran penyerang kelahiran Ghana, Jordan Mintah, daripada naib juara Liga Filipina, Kaya FC.

Mintah, 24, menandatangani kontrak setahun, hari ini, dan akan mengetuai jentera serangan TFC II mengisi kekosongan ditinggalkan Akanni Sunday Wasiu.

Mula beraksi bersama Kaya FC sejak 2017, Mintah menjadi penjaring terbanyak liga di negara itu musim ini dengan 31 gol dalam 24 penampilan.

TFC II di bawah bimbingan Roshadi Wahab sebelum ini mengumumkan kemasukan Argzim Redzovic serta mengekalkan Bruno Suzuki dan Marcel N'Guessan.

"Kehadirannya akan melengkapkan barisan pemain TFC II.

"Berdasarkan rekod selaku penjaring terbanyak, saya harap dia menyelesaikan ketumpulan serangan kami," jelas Roshadi.

Kredit foto: Terengganu FC (TFC)

Tentang Penulis

Tengku Danish Bahri

Komen