Peranan Josiah Ng beri impak sukan permotoran 

Oleh Shaiful Shamsudin 25 Februari 2021 1065
Peranan Josiah Ng beri impak sukan permotoran 
Bekas rakan sepasukan Azizulhasni Awang, Josiah Ng, dilantik sebagai jurulatih prestasi untuk program bakat Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dengan misi memupuk mentaliti juara Sukan Olimpik dalam kalangan penunggang negara.

Bagi bekas jaguh nombor satu berbasikal keirin berusia 41 tahun itu, ia bukanlah sesuatu yang janggal untuk atlet berbasikal melatih dan memantau kecergasan pelumba permotoran.

Juara Sukan Olimpik 1999, Anthony Peden -- yang kini jurulatih kebangsaan China --  pernah melatih juara dunia MotoGP, Casey Stoner, tambahan latihan berbasikal juga amat sinonim dalam kalangan pelumba elit permotoran dunia.

Josiah yang memulakan tugasnya sejak 11 Januari lalu membuat perubahan besar-besaran dalam rutin latihan pelumba SIC dalam usaha meningkatkan fizikal mereka untuk menghadapi beberapa perlumbaan tahun ini.

"Latihan pelumba permotoran lebih kurang sama dengan berbasikal termasuk sesi gimnasium," kata pelumba pasukan pelapis Liqui Moly Intact SIC, Adam Norrodin, kepada wakil Astro Arena, Adam Zamri, hari ini. 

Bagi pelumba, Adam Norrodin, langkah itu dianggap pendekatan yang sangat secocok bagi memperbaiki tahap perlumbaan mereka. 

"Kami menunjukkan peningkatan. 

"Semua pelumba memecahkan rekod peribadi masing-masing, ia sangat positif dalam dua bulan ini," katanya pula. 

 

Hey fellas, great news to share! Sports Empowered, led by 3x Olympian, Josiah Ng - the Performance Coach for our...

Posted by Sepang Circuit on Friday, February 19, 2021


Biarpun sibuk dengan tugasan baru, Josiah yang juga menggalas peranan sebagai ketua jurulatih berbasikal Sarawak tetap memantau rapi perkembangan latihan barisan pelumba negerinya yang dalam misi untuk meraih tiga pingat emas dalam Sukan Malaysia (Sukma) Johor tahun depan. 

"Saya membantu pasukan berpindah ke Kuala Lumpur sejak September lalu. 

"Pada awalnya mereka agak terkejut dengan sesi latihan kendalian saya. 

"Malah, saya sendiri ikut sama berlatih bagi menetapkan petanda aras. Kalau mereka mahu capai matlamat, mereka harus mengalahkan saya.

"Walaupun sudah bersara, saya masih berkemampuan untuk berlumba dengan baik sebagai dorongan kepada mereka."

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen