Shalin Zulkifli buru impian gelaran profesional di AS 

Oleh Shaiful Shamsudin 13 Mei 2021 162
 Shalin Zulkifli buru impian gelaran profesional di AS 
Ratu boling tenpin negara, Shalin Zulkifli, mengorak langkah lebih panjang apabila beralih ke kancah profesional selepas mengumumkan persaraannya awal tahun ini. 

Pengundurannya daripada kem kebangsaan membuka ruang untuknya merealisasikan impian sejak kecil.

Atlet berusia 42 tahun itu mendahului Diamond All-Events Kejohanan Wanita Kongres Boling Tenpin Amerika Syarikat (USBC) dengan 2,253 jatuhan pin. 

Ia langkah awalnya untuk mula menumpukan karier dalam sirkit Profesional Jelajah PWBA Ogos depan. 

"Saya sasarkan satu (gelaran) sirkit kejohanan profesional di sini. 

"Ia memang idaman sejak saya mula berkecimpung dalam boling tenpin ketika berumur 10 tahun," katanya ketika muncul dalam Nadi Arena sebentar tadi. 

 

Malaysia's Shalin Zulkifli capped an exciting week at the 2021 #USBCWomens by taking the Diamond All-Events lead...

Posted by USBC- Women's Championships on Wednesday, May 12, 2021


Menurutnya lagi, 2009 dan 2010 merupakan tahun terdekatnya hampir memenangi kejohanan utama selepas layak ke separuh akhir Terbuka AS sementara dua tahun lalu, saya dalam kalangan 16 terbaik di Queens. 

"Saya mahu memang atau setidak-tidaknya (menaiki) podium."

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen