Rossi jangka sertai Petronas namun enggan tergesa-gesa

Oleh Ammar Hakim 25 September 2020 156
Rossi jangka sertai Petronas namun enggan tergesa-gesa
Valentino Rossi mendedahkan kontrak baru MotoGP bersama Petronas Yamaha akan diumumkan minggu ini, namun juara tujuh kali itu tidak tergesa-gesa.

Tempat Rossi dalam pasukan Yamaha bakal diambil alih oleh Fabio Quartararo selepas tamat musim ini tetapi peluma kelahiran Itali itu dijangka menggantikan pilihan juara itu bersama pasukan dari Malaysia.

Menurut Rossi, persetujuan bagi 2021 telah dicapai sejak beberapa minggu yang lalu tetapi terdapat beberapa perkara yang perlu diperbetulkan.

Pelumba berusia 41 tahun itu sebelum ini melengah-lengahkan keputusan mengenai masa depan sebelum musim ditangguh ekoran pandemik coronavirus.

Dan dia bersedia untuk menunggu sebelum membuat keputusan mengenai masa depannya.

"Kami akan cuba menandatanganinya hujung minggu ini," kata Rossi menjelang Grand Prix Catalan. "Di antara perlumbaan Misano, kami banyak membuat pembetulan.

"Situasinya amat jelas, saya akan berlumba bersama Petronas tahun depan, tetapi kontraknya agak panjang dan terdapat perkara yang perlu dibetulkan.
 
"Tetapi kami enggan tergesa-gesa kerana kami telah bersetuju. Saya berasakan hujung minggu saya akan menandatangani kontrak dan sangat gembira untuk meneruskan beraksi tahun depan bersama Yamaha dan Petronas."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen