Tiga beregu wanita negara mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Thailand kedua di Impact Arena, Bangkok selepas menewaskan lawan masing-masing hari ini.
Perseorangan lelaki profesional negara, Liew Daren, mengesahkan tempat dalam suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Thailand kedua selepas menewaskan lawan dari india, H. S. Prannoy, di Impact Arena, Bangkok sebentar tadi.
Dua beregu lelaki profesional negara terpaksa bermandi peluh sebelum menewaskan lawan masing-masing bagi mengesahkan tempat dalam suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Thailand kedua di Impact Arena, Bangkok sebentar tadi.
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Thailand kedua selepas menewaskan gandingan juara remaja dunia dari Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin, di Impact Arena, Bangkok sebentar tadi.
Beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Thailand kedua selepas menewaskan pasangan dari Indonesia, Adnan Maulana-Mychelle Crhystine Bandaso, hari ini.
Beregu wanita negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean, tidak berdepan sebarang masalah untuk mara ke pusingan kedua selepas menewaskan gandingan Kanada, Rachel Honderich-Kristen Tsai, dalam Kejohanan Badminton Terbuka Thailand kedua di Bangkok sebentar tadi.
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan gandingan pilihan keenam, Chang Ye Na-Kim Hye Rin, sekali gus mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Thailand kedua di Bangkok sebentar tadi.
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah, tersingkir dalam suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Thailand selepas tewas di tangan gandingan Indonesia, Greysia Polii-Apriyani Rahayu, sebentar tadi.
Beregu lelaki profesional negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, mengesahkan tempat dalam separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Thailand selepas menewaskan gandingan senegara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei, hari ini.
Beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, gagal ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Thailand selepas ditewaskan pasangan tuan rumah, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai, dalam suku akhir hari ini.